Di
dalam Negara yang
semakin maju dengan
teknologi yang membangun
ini, penglibatan anak-anak muda dalam
pertubuhan kelab atau
persatuan yang berfaedah
amatlah digalakkan oleh kerajaan.
Pelbagai
dorongan dan sokongan
moral daripada pihak
kerajaan bagi menggalakkan anak-anak
muda menyertai aktiviti
yang sihat dan
berfaedah. Dengan adanya
penglibatan belia dalam
pelbagai kelab atau
persatuan adalah satu cara
terbaik untuk menghindar
mereka daripada terjebak
ke arah gejala
social yang tidak
sihat.
TawarCyclingClub telah ditubuhkan pada
16hb
JUNE 2012 mempunyai keahlian seramai 46 orang terdiri daripada pelbagai
lapisan masyarakat yang telah dirasmikan oleh Penyelaras Komuniti
1Malaysia & Panel Kesihatan Tawar pada
14hb JULY 2012 bertempat di Pantai Merdeka.
Objektif TawarCyclingClub ditubuhkan
adalah untuk memastikan silaturrahim dikalangan anak-anak muda tawar
berterusan dan secara tidak langsung dapat melahirkan Belia yang sihat
dari segi mental dan fizikal serta menyahut seruan kerajaan BELIA BEBAS DADAH & GEJALA SOSIAL.
Diharapkan dengan Penubuhan Kelab ini dapat membentuk jati diri para
belia-belia dikawasan ini.Semoga pengalaman dan pengajaran yang diterima
dalam aktiviti kelab ini serta dapat memajukan lagi sukan
berbasikal.Disamping memberi kebaikan kepada semua pihak yang terlibat
sekaligus mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang telah sedia ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan