Berita Terkini

Rabu, 26 September 2012

TawarCyclingClub

Di  dalam  Negara  yang  semakin  maju  dengan  teknologi  yang  membangun   ini,  penglibatan  anak-anak  muda  dalam  pertubuhan  kelab  atau  persatuan  yang  berfaedah  amatlah  digalakkan  oleh  kerajaan.  Pelbagai  dorongan  dan  sokongan  moral  daripada  pihak  kerajaan  bagi menggalakkan  anak-anak  muda  menyertai  aktiviti  yang  sihat  dan  berfaedah.  Dengan  adanya  penglibatan  belia  dalam  pelbagai  kelab  atau  persatuan  adalah satu  cara  terbaik  untuk  menghindar  mereka  daripada  terjebak  ke  arah  gejala  social  yang  tidak  sihat.


      TawarCyclingClub telah ditubuhkan pada  16hb JUNE 2012 mempunyai keahlian seramai 46 orang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang telah dirasmikan oleh Penyelaras Komuniti 1Malaysia & Panel Kesihatan Tawar pada  14hb JULY 2012 bertempat di Pantai Merdeka.


      Objektif TawarCyclingClub  ditubuhkan adalah untuk memastikan silaturrahim dikalangan anak-anak muda tawar berterusan dan secara tidak langsung dapat melahirkan Belia yang sihat dari segi mental dan fizikal serta menyahut seruan kerajaan  BELIA BEBAS DADAH & GEJALA SOSIAL.

      Diharapkan dengan Penubuhan Kelab ini dapat membentuk jati diri para belia-belia dikawasan ini.Semoga pengalaman dan pengajaran yang diterima dalam aktiviti kelab ini serta dapat memajukan lagi sukan berbasikal.Disamping memberi kebaikan kepada semua pihak yang terlibat sekaligus mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang telah sedia ada.